7 TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSUI BAYI
Assalamualaikum salam ramadhan. Apa pengalaman ibu ibu puasa semalam? Berjaya kah atau terkandas di pertengahan jalan? Bukan sebab ibu tak tahan, tapi ibu kalah demi kesayangan!
Walaupun ada rukhsah puasa bagi ibu ibu yang menyusui bayi, mesti ibu ibu sedih tak dapat menunaikan rukun islam kita yang cuma kunjung tiba setahun sekali.
Jom bu, amalkan tips ni semuanya. Semoga ibu dapat puasa, bayi kenyang gembira.
1) Ibu haruslah positif dan sentiasa ingat "SUPPLY vs DEMAND" Jangan berhenti menyusui bayi. Ingat, semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Ini kerana, susu ibu terhasil bergantung kepada keperluan bayi.
2) Lebihkan sesi TANDEM PUMPING; menyusu dan pam secara serentak. Juga boleh menyusui secara terus (direct bf) pada siang hari dan mengepam (power pumping) pada waktu malam. Sediakan stok susu (EBM) untuk waktu waktu kecemasan :)
3) MINUM BANYAK AIR. Menyusui bayi memang akan buat ibu rasa dahaga. Jadi, ibu perlu minum air 2-3 liter air pada waktu malam. Minum air yang banyak juga penting untuk mengelakkan dehidrated.
4) Jaga pemakanan dan banyakkan MAKAN KURMA. Kurma bukan sahaja makanan sunnah, tapi ianya kaya dengan zat dan mineral. Ia juga mampu membantu meningkatkan penghasilan susu. Ambil makanan berkhasiat ketika sahur dan berbuka. Elakkan kafein dan makananan manis.
5) LEWATKAN BERSAHUR dan AWALKAN BERBUKA. Melewatkan sahur hampir waktu subuh dan mengawalkan berbuka setelah azan maghrib juga merupakan satu sunnah. Dengan cara ini, ibu tidak akan cepat lapar.
6) BEREHAT SECUKUPNYA. Elakkan buat kerja berat di waktu siang. Ibu boleh fokus pada ibadah dan penjagaan anak sahaja. Kerja berat boleh dilakukan pada waktu malam.
7) SUPPLEMENT TAMBAHAN. Ibu digalakkan mengambil supplement tambahan seperti #SupplementAjaibLamamma untuk memberi tenaga sepanjang hari. Ia juga membantu menperbanyakkan penghasilan susu.
Semoga ibu dapat menunaikan ibadah puasa dengan tenang. Dan walau ibu berpuasa, bayi pula sentiasa kenyang.
Salam Ramadhan,
KakJa, Ummi Moden.
0127142042
Comments
Post a Comment