Skip to main content

Pengalaman Hamil Kali Pertama




ASSALAMUALAIKUM


Ibu ibu ramai anak masih ingat lagi saat pertama hamil? Mesti macam macam gaya kan? Almaklumlah pengalaman pertama.

Teringat saat pertama kali hamil dulu. Banyak benda ja belajar. Semua benda tak tahu dan lebih ke arah malas ambil tahu. Nak refer ummi, semuanya dia dah lupa maklumlah anak2 dah besar. Nak refer kawan2, ehh kita yang kahwin paling awal.


Tahu hamil bila nak masuk minggu ke 8. Itu pun sebab demam panas. Buat check up kat Kpj Kluang sebab simptom macam apendix rupanya mengandung. Masa akak misi cakap tahniah, boleh pulak pertikaikan haha. Kan dah macam drama melayu. Bersungguh ja cakap, tak mungkin ja boleh ngandung. Bila balik, rasa malu. Mesti macik pacik yang dengar tadi fikir negetif.

Padahal tak puas hati sebab baru je 2 minggu lepas datang bulan, tetibe nak habaq kita ngandung dekat 2 bulan. Lepas follow up dengan gynae, barulah ja tahu yang ada discharge ketika 1st trimester tu adalah normal. Bahasa mudah nak explain, darah keluar sebab baby tengah ejas port dia kat dinding rahim. Nak selesakan diri.

Maka terjawablah kenapa lately asyik muntah. Cramp di perut. Pandai je dia buat ummi dia sakit belah kanan je bagi ummi dia takut. Seram wei adik dua orang da terbelah perut kanan mereka. Even Appendix ni minor surgery jek, hakak nebes okeh! Ohhh yek punca demam panas ialah kencing kotor. So check in lah kat kpj tuh satu malam sebelum dibebaskan. Hmm on drip masuk ayaq masuk antibiotik pun seram jugak. Sabo ajelah.

Throwback seminggu sebelum dapat berita pregnant, ja pergi hiking tau. Nasib pendek je lahai si Gunung Arong, kat Mersing, Johor. Day pack je. Ohhh ya. Sejak Arong, ja pencen serta merta. Begitu jugak encik husband (keterpaksaan untuk berlaku adil dengan bininya). Time tu, muntah di pertengahan trek. Konfiden gila alasan dah lama tak hiking jadi pewai (bahasa pasar maksudnya tekanan mental jiwa dan perasaan).

Lepas tu camping pulak kat kaki Gunung Ledang, Johor. Muntah jugak hahahaha. Pun positif lagik alasan dia. Padahal trekking tak jauh pun. Tengah malam jaga bebudak yang burung hantu, kita boleh pulak muntah kat trek. Sampai sekarang tak cerita dengan sesapa. Tak dengar ada berita student ada yang kasut berendam muntah, harapnya tak kena sesapelah. Hiks.

Lepas ja discharged daripada sepital, once again ja bleeding. Jadi ja kurangkan aktiviti. Faham tak perasaan kaki jalan disuruh duduk dediam kat rumah? TAK SANGGUP! Tapi dah doctor suruh slow down sikit dalam 1st trimester, so ja patuh. Risau jugak bila dengar risiko memacam. Tapi habis je tempoh 3 bulan, ja raikan dengan backpacking ke Singapore.

Singapore ni seronoknya public transport dia. So walaupun pregnant, ja tak rasa penat. Naik turun bas. Naik turun train. Jalan kaki sikit2 aje. Masatu kitorang round Sentosa. Pi sea aquarium, main Segway then paling tak senonoh layan Luge & Skyride. Ala2 naik cable car then naik gokart turun bukit tuh. Please jangan tiru aksi ni. Kalau da ngandung tu jangan ngengada buat aksi berisiko.

Dan sangatlah tak senonoh kalau masuk hutan. Hmmm aci lah kan kalau mak2 mengandung mengidam itu ini. Ja tak mengidam makanan tapi mengidam jenjalan jek. Masatu kawan ja yang sorang ni pun baru habis 1st trimester so kitorang tipu laki masing2 tuk join trip ke Bekelah Waterfall, Pahang. Haha. But, jangan risau. Ja cuma duduk sesenyap je kat campsite yang perlukan setengah jam trekking. Tak join langsung canyoning atau abseiling. Kalau tak ngandung pun jatuh bergolek memang tak de koje eden nak main.

Lepas tu, memang ja dah tak pi sebab dah kantoi nipu tuh. But, kitorang masa tu pjj. Percintaan jarak jauh. So every weekend ja yang pegi pada husband sebab dia keje hari2, ja pulak keje 4 hari jek. Sebab everyone risau, ja terpaksalah naik bas. Patah pinggang walaupun 300km jek. Sebulan sekali pulak ja akan travel 750km.  Naik bas + flight. Patah pinggang kuasa dua.

Masuk bulan kelapan, ja sakit teruk. Bila buat check up,doctor cakap rahim dah turun. Doktor suruh kurangkan aktiviti berjalan. Time ni insaf sangat yang amat. Baru ja duk rumah berenti terus keje. Kadang kadang rimas, jog pelan pelan amik angin. Tu pun memang dah tak larat nak bergerak langsung. Gerak je sakit. Tak bergerak pun sakit. Wuuu sebab baby songsang so everytime dia kick rasa nak terkeluar usus.

Akhirnya, Muhammad lahir pada minggu ke36, pre-mature. Kenapa pre-mature? ada kisah lain disebaliknya. Tapi. Alhamdulillah takde masalah pada baby. Dan of course lepastu ja insaf. Jadi, Ismail lahir pada minggu ke38. Tanpa ja masuk ke hutan. Tanpa ja merantau. Dan tanpa.....nanti ja cerita di part 2. Beza sangat tau. Dua dua berbeza. Dua dua cerita banyak mengajar ja. Hihi tak sabar nak merasa cerita hamil versi ketiga. Heharap ada rezeki nanti dapat gegurl pulak.

Ja bercerita aksi2 yang teringat saja. Banyak lagi aktiviti lain sebenanya ishh ishhh. Ja bukan nak takutkan mak2 muda yang berani. Yes, anak pertama. Kita bedal aje. Ada orang cakap kalau pasif time mengandung, susah nak bersalin. Hmmm bagi ja, lain badan lain condition dia. Memang kalau pasif susah, tapi kalau sampai lupa diri pun susah juga. Yang penting, control aktiviti jangan sampai buat yang membahayakan baby.


Sayangi amanat kita
Harta yang tak ternilai harganya

Salam sayang
KakJa, ummi zaman moden
La Mamma Consultant

Comments

  1. Macam2 cerita yer masa pregnant ni hehe. Tapi mesti a wonderful journey untuk setiap bakal ibu ��

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah semoga murah rezeki

    ReplyDelete
  3. Assalam.. awak. 2mnggu sblm awak tahu awak preggy darah yg keluar tu mmg jelas seperti haid bia ke.. atau hnya sedikit je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AKU NI IBU YANG GAGAL KE?

AKU NI IBU YANG GAGAL KE? Bila tanya apa perasaan jadi seorang ibu, rasanya semua orang akan jawab bahagia. Tapi tak pernah lagi orang cakap secara terbuka "aku sedih sebenarnya". KakJa ingat lagi saat deliver Muhammad. Dia keluar 3 hari jeeee awalnya. Bila pegang status premie hidup ibu haruslah huru hara. Tapi betul, akak dapat nampak beza budak keluar 36 minggu dengan 38 minggu. Muhammad ialah pengalaman KakJa yang pertama. Tapi serius, akak jadi fobia. Di saat kelahirannya, tak sama yang akak bayangkan. Banyak sangat cakap orang. Dulu anak aku macam ni, macam tu. Yang takde anak pun siap komen berbakul, alaaa ikut pengalaman dia jaga anak buah sejam dua . Buat akak selalu fikir gagal ke aku? Muhammad selalu sangat sakit. Dengan prolonged jaundicenya. Yang turunkan petua mengarut, akak tak mau ikut. Bila makin menguning, akak la yang kena tadah telinga. Hari hari ulang alik klinik. Dah la KakJa berjahit bertetas luka sampai 3 kali, nak berjalan tu seksanya. Di klinik p...

Happy Labour Day 2017

HAPPY LABOUR DAY 2017 Untuk semua profesion (termasuk ibu ibu juga) SURI RUMAH MEMANG KEJE GOYANG KAKI AJE KAT RUMAH TAPI MEREKA BERHAK DIBERI CUTI HARINI. KENAPA? 1) Masak selalunya ikan goreng je pun. Bukan susah mana. MEMANG PEMALAS. Yang berkata macam tu mungkin tak nampak si ibu pemalas tu nak goreng ikan pun, habis bergelut dengan anak anak menangis. Tak kisah masak apa, yang penting anak anak tak kelaparan. Ohhh tapi. Bila pula si ibu makan nasi dengan ikan goreng tu? Nantilah kalau suami balik kerja atau kalau ada rezeki anak anak tidur tengahari. 2) RUMAH MACAM TONGKANG PECAH walau sehari entah berapa kali kemas rumah. Jika anda ramai anak dan anak anak tak pandai menyepah, tahniah rezeki. Jika anak anak pantang rumah berkemas, depa main dan suka selongkar, TAHNIAH juga kerana ibu berjaya didik anak tanpa gadget dan buat mereka aktif bermain. 3. LEMBIK ASYIK NGENGADA SAKIT AJE. Kanak kanak adalah sangat sensitif. Mudah sangat terkena penyakit. Bila ...