AKU NI IBU YANG GAGAL KE?
Bila tanya apa perasaan jadi seorang ibu, rasanya semua orang akan jawab bahagia. Tapi tak pernah lagi orang cakap secara terbuka "aku sedih sebenarnya".
KakJa ingat lagi saat deliver Muhammad. Dia keluar 3 hari jeeee awalnya. Bila pegang status premie hidup ibu haruslah huru hara. Tapi betul, akak dapat nampak beza budak keluar 36 minggu dengan 38 minggu.
Muhammad ialah pengalaman KakJa yang pertama. Tapi serius, akak jadi fobia. Di saat kelahirannya, tak sama yang akak bayangkan. Banyak sangat cakap orang. Dulu anak aku macam ni, macam tu. Yang takde anak pun siap komen berbakul, alaaa ikut pengalaman dia jaga anak buah sejam dua . Buat akak selalu fikir gagal ke aku?
Muhammad selalu sangat sakit. Dengan prolonged jaundicenya. Yang turunkan petua mengarut, akak tak mau ikut. Bila makin menguning, akak la yang kena tadah telinga. Hari hari ulang alik klinik. Dah la KakJa berjahit bertetas luka sampai 3 kali, nak berjalan tu seksanya. Di klinik pulak, kena tebalkan telinga lagi. Anak aku jaundice, gagal ke aku?
Waktu tu kan raya. Meriah kunjungan entah sapa sapa. KakJa happy dirai. Tapi Muhammad selalu sakit. Kutukan bertalu macam peluru. Ye akak ngaku akak tak reti lagi, anak first la katakan. But please jangan kutuk anak aku. Anak sakit, gagal ke aku?
Selama setahun ummi jaga, ummi penat sangat. Dua puluh empat jam berdukung melalak non stop. Yang magic nya dia cuma suka lelaki. Bila ada abah atau lelaki sesape, dia behave pulak. Semua orang perli, akak tak reti jaga dia sampai tak suka mak sendiri. Semua tak caya, sampai satu hari Allah nak tunjuk magic depan mata semua. Anak meragam pun, gagal ke aku?
KakJa gagal dalam nak fully BF dia. Semua salahkan pemakanan akak la. Tak gali ilmu la. Malas ikhtiar la. Akak sapot BF ni, cuma masa tu kudrat takde. Dan mungkin positivity diri da lebur cair. Aku tak mampu BF anak, gagal ke aku?
Mungkin ramai yang da tau Muhammad punya eczema teruk gila. Sepanjang setahun tiga bulan yang selalu pitam bergolek tetibe tu, akak masih BF selagi mampu. Akak cuba bagi macam macam brand susu formula tapi badan dia tak terima. Aku bagi milo dengan susu pekat je, gagal ke aku?
Sampai satu saat, akak kumpul semua komen komen orang. Akak ingat waktu akak cempak bantal kat muka Muhammad. Kat kepala akak, keluar semua cakap orang yang "anak sendiri pun taknak ummi dia" Sampai sekarang akak ingat yang akak pernah terdetik satu saat, harap dia lenyap. Allahu maafkan ummi.
Berbulan lepas tu, Allah jawab persoalan akak. Muhammad kena fit. Masa tu dia kejung da tak menyahut panggilan akak. Dunia ni rasa berhenti. Akak tanak hilang dia, akak da tahu akak sayang Muhammad.
Dan bila Muhammad da sedar setengah jam kemudian, dia peluk akak dan ketawa. Masa tu akak yakin dia pun sayangkan akak jugak. Jahatnya cakap cakap orang tu sampai buat akak pernah termakan cakap mereka.
Mungkin kau rasa kau ibu hebat. Mungkin kau rasa anak anak kau yang berderet tu baguih terjaga sangat. Tapi perlu ke kau buat ibu ibu muda rasa diri sendiri gagal sebagai ibu?
Ada ibu yang setakat anak anak pompuan nak mengutuk si ibu yang berderet anak jantan. Ada ibu yang suri rumah goyang kaki tadah tangan kat suami mengutuk si ibu yang hari hari penatkan diri bantu tampung rezeki.
Ada ibu yang rezeki anak anak sihat mengutuk si ibu yang ada anak diuji. Ada ibu yang rezekinya mampu susukan anak sendiri mengutuk si ibu yang tak mampu. Kenapa ya? Raikan la semua perbezaan ibu.
'Anak kau hitam". "Anak kau pusar dua sebab tu degil". "Anak kau tak reti diam nakal". "Anak kau menggerutu buruk kulit dia". "Anak kau tak terbela". "Anak kau tak suka kau." Cukup! Harapnya KakJa sorang je yang dengar semua ni. Akak taknak ibu lain merasa jugak.
Bersalin normal, bersalin caesarean. Anak perempuan, anak lelaki. Jaga anak sendiri, hantar ke nursery. Raikan perbezaan kita selagi kita rasa ibu itu usaha terbaik buat anak mereka. Tiada ibu yang gagal dalam dunia ❤️
Yang pernah percaya diri sendiri ibu gagal,
KakJa #UmmiModen
Comments
Post a Comment