HAPPY LABOUR DAY 2017
Untuk semua profesion (termasuk ibu ibu juga)
SURI RUMAH MEMANG KEJE GOYANG KAKI AJE KAT RUMAH TAPI MEREKA BERHAK DIBERI CUTI HARINI. KENAPA?
1) Masak selalunya ikan goreng je pun. Bukan susah mana. MEMANG PEMALAS. Yang berkata macam tu mungkin tak nampak si ibu pemalas tu nak goreng ikan pun, habis bergelut dengan anak anak menangis. Tak kisah masak apa, yang penting anak anak tak kelaparan. Ohhh tapi. Bila pula si ibu makan nasi dengan ikan goreng tu? Nantilah kalau suami balik kerja atau kalau ada rezeki anak anak tidur tengahari.
2) RUMAH MACAM TONGKANG PECAH walau sehari entah berapa kali kemas rumah. Jika anda ramai anak dan anak anak tak pandai menyepah, tahniah rezeki. Jika anak anak pantang rumah berkemas, depa main dan suka selongkar, TAHNIAH juga kerana ibu berjaya didik anak tanpa gadget dan buat mereka aktif bermain.
3. LEMBIK ASYIK NGENGADA SAKIT AJE. Kanak kanak adalah sangat sensitif. Mudah sangat terkena penyakit. Bila menjaga mereka, mudahlah terkena tempias virus mereka. Kalau ayah yang terkena, boleh ambil mc dan berehat di rumah. Kalau ibu ibu yang sakit, masih bekerja jaga anak dan cuma boleh mengada nanti malam bila si ayah balik kerja.
4) KERJA TIDUR AJE. Ini biasa terjadi pada ibu ibu yang breastfeed. Kalau menyusu tu memang automatik akan terlelap. Cuma bila dah masuk anak kedua, kalau terlelap selalunya si abang/kakak akan kejutkan ajak teman dia main. Ohhh kalau malam pun, tengah malam masih bekerja walaupun kerja menyelak aje pun. Hanya ibu ibu yang fully breastfeed saja akan faham. Dalam banyak banyak tugas seorang ibu, kerja ini yang paling membebankan. Jangan tak tahu ramai ibu ibu selalh pitam sebab menyelak je punnnn.
5) Ibu berniaga secara online? KEJE TENGOK HANDPHONE JE PUN. Ya betul kerja kami memang menghadap tepon 24/7. Alhamdulillah rezeki ada dua tangan. Sambil masak sambil reply pm orang. Sambil lipat baju, sambil susukan anak, sambil suapkan makan, sambil bacakan buku, pendek kata semua sambil sambil. Cuma beza wanita bekerja di office, mengadap kerja 8jam dan mengadap keluarga 16jam. Wanita peniaga online? 24jam mengadap kerja dan 24jam juga mengadap keluarga.
Alhamdulillah. Walaupun tak pergi holiday memana pun. Bangun pagi, encik suami masak breakfast, bantu jaga anak anak. Ini pun dah sangat membahagiakan. Dah cukup untuk dikira sebuah percutian
Salam sayang, ummi moden
LaMamma Consultant
Hubungi KakJa di 012.7142042
Comments
Post a Comment