Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

AKU NI IBU YANG GAGAL KE?

AKU NI IBU YANG GAGAL KE? Bila tanya apa perasaan jadi seorang ibu, rasanya semua orang akan jawab bahagia. Tapi tak pernah lagi orang cakap secara terbuka "aku sedih sebenarnya". KakJa ingat lagi saat deliver Muhammad. Dia keluar 3 hari jeeee awalnya. Bila pegang status premie hidup ibu haruslah huru hara. Tapi betul, akak dapat nampak beza budak keluar 36 minggu dengan 38 minggu. Muhammad ialah pengalaman KakJa yang pertama. Tapi serius, akak jadi fobia. Di saat kelahirannya, tak sama yang akak bayangkan. Banyak sangat cakap orang. Dulu anak aku macam ni, macam tu. Yang takde anak pun siap komen berbakul, alaaa ikut pengalaman dia jaga anak buah sejam dua . Buat akak selalu fikir gagal ke aku? Muhammad selalu sangat sakit. Dengan prolonged jaundicenya. Yang turunkan petua mengarut, akak tak mau ikut. Bila makin menguning, akak la yang kena tadah telinga. Hari hari ulang alik klinik. Dah la KakJa berjahit bertetas luka sampai 3 kali, nak berjalan tu seksanya. Di klinik p...

7 TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSUI BAYI

7 TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSUI BAYI Assalamualaikum salam ramadhan. Apa pengalaman ibu ibu puasa semalam? Berjaya kah atau terkandas di pertengahan jalan? Bukan sebab ibu tak tahan, tapi ibu kalah demi kesayangan! Walaupun ada rukhsah puasa bagi ibu ibu yang menyusui bayi, mesti ibu ibu sedih tak dapat menunaikan rukun islam kita yang cuma kunjung tiba setahun sekali. Jom bu, amalkan tips ni semuanya. Semoga ibu dapat puasa, bayi kenyang gembira. 1) Ibu haruslah positif dan sentiasa ingat "SUPPLY vs DEMAND" Jangan berhenti menyusui bayi. Ingat, semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Ini kerana, susu ibu terhasil bergantung kepada keperluan bayi. 2) Lebihkan sesi TANDEM PUMPING; menyusu dan pam secara serentak. Juga boleh menyusui secara terus (direct bf) pada siang hari dan mengepam (power pumping) pada waktu malam. Sediakan stok susu (EBM) untuk waktu waktu kecemasan  :) 3) MINUM BANYAK AIR. Menyusui bayi memang akan bua...

SALAM JUMAAT

Assalamualaikum selamat pagi ibu. Ada yang morning sickness ke tu? Bila mengandung, memang banyak ujian. Percayalah. Allah takkan uji hambaNya di luar kemampuan mereka. Ingat. Tak kira apa cabaran seorang ibu, kita semua SUPERMOM, SUPERMAK, SUPERBU! Salam semangat, Kakja, LaMamma Consultant. Teman terbaik ibu hamil dan berpantang. 012.7142042

Happy Labour Day 2017

HAPPY LABOUR DAY 2017 Untuk semua profesion (termasuk ibu ibu juga) SURI RUMAH MEMANG KEJE GOYANG KAKI AJE KAT RUMAH TAPI MEREKA BERHAK DIBERI CUTI HARINI. KENAPA? 1) Masak selalunya ikan goreng je pun. Bukan susah mana. MEMANG PEMALAS. Yang berkata macam tu mungkin tak nampak si ibu pemalas tu nak goreng ikan pun, habis bergelut dengan anak anak menangis. Tak kisah masak apa, yang penting anak anak tak kelaparan. Ohhh tapi. Bila pula si ibu makan nasi dengan ikan goreng tu? Nantilah kalau suami balik kerja atau kalau ada rezeki anak anak tidur tengahari. 2) RUMAH MACAM TONGKANG PECAH walau sehari entah berapa kali kemas rumah. Jika anda ramai anak dan anak anak tak pandai menyepah, tahniah rezeki. Jika anak anak pantang rumah berkemas, depa main dan suka selongkar, TAHNIAH juga kerana ibu berjaya didik anak tanpa gadget dan buat mereka aktif bermain. 3. LEMBIK ASYIK NGENGADA SAKIT AJE. Kanak kanak adalah sangat sensitif. Mudah sangat terkena penyakit. Bila ...

Pengalaman Hamil Kali Pertama

ASSALAMUALAIKUM Ibu ibu ramai anak masih ingat lagi saat pertama hamil? Mesti macam macam gaya kan? Almaklumlah pengalaman pertama. Teringat saat pertama kali hamil dulu. Ba nyak benda ja belajar. S emua benda tak tahu dan lebih ke arah malas ambil tahu. Nak refer ummi, semuanya dia dah lupa maklumlah anak2 dah besar. Nak refer kawan2, ehh kita yang  kahwin paling awal. Tahu hamil bila nak masuk minggu ke 8. Itu pun sebab demam panas. Buat check up kat Kpj Kluang sebab simptom macam apendix rupanya mengandung. Masa akak misi cakap tahniah, boleh pulak pertikaikan haha. Kan dah macam drama melayu. Bersungguh ja cakap, tak mungkin ja boleh ngandung. Bila balik, rasa malu. Mesti macik pacik yang dengar tadi fikir negetif. Padahal tak puas hati sebab baru je 2 minggu lepas datang bulan, tetibe nak habaq kita ngandung dekat 2 bulan. Lepas follow up dengan gynae, barulah ja tahu yang ada discharge ketika 1st trimester tu adalah normal. Bahasa mudah nak explain, dar...