AKU NI IBU YANG GAGAL KE? Bila tanya apa perasaan jadi seorang ibu, rasanya semua orang akan jawab bahagia. Tapi tak pernah lagi orang cakap secara terbuka "aku sedih sebenarnya". KakJa ingat lagi saat deliver Muhammad. Dia keluar 3 hari jeeee awalnya. Bila pegang status premie hidup ibu haruslah huru hara. Tapi betul, akak dapat nampak beza budak keluar 36 minggu dengan 38 minggu. Muhammad ialah pengalaman KakJa yang pertama. Tapi serius, akak jadi fobia. Di saat kelahirannya, tak sama yang akak bayangkan. Banyak sangat cakap orang. Dulu anak aku macam ni, macam tu. Yang takde anak pun siap komen berbakul, alaaa ikut pengalaman dia jaga anak buah sejam dua . Buat akak selalu fikir gagal ke aku? Muhammad selalu sangat sakit. Dengan prolonged jaundicenya. Yang turunkan petua mengarut, akak tak mau ikut. Bila makin menguning, akak la yang kena tadah telinga. Hari hari ulang alik klinik. Dah la KakJa berjahit bertetas luka sampai 3 kali, nak berjalan tu seksanya. Di klinik p...
7 TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSUI BAYI Assalamualaikum salam ramadhan. Apa pengalaman ibu ibu puasa semalam? Berjaya kah atau terkandas di pertengahan jalan? Bukan sebab ibu tak tahan, tapi ibu kalah demi kesayangan! Walaupun ada rukhsah puasa bagi ibu ibu yang menyusui bayi, mesti ibu ibu sedih tak dapat menunaikan rukun islam kita yang cuma kunjung tiba setahun sekali. Jom bu, amalkan tips ni semuanya. Semoga ibu dapat puasa, bayi kenyang gembira. 1) Ibu haruslah positif dan sentiasa ingat "SUPPLY vs DEMAND" Jangan berhenti menyusui bayi. Ingat, semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Ini kerana, susu ibu terhasil bergantung kepada keperluan bayi. 2) Lebihkan sesi TANDEM PUMPING; menyusu dan pam secara serentak. Juga boleh menyusui secara terus (direct bf) pada siang hari dan mengepam (power pumping) pada waktu malam. Sediakan stok susu (EBM) untuk waktu waktu kecemasan :) 3) MINUM BANYAK AIR. Menyusui bayi memang akan bua...